Jenis Uji kaji pemikiran

Gambaran masa untuk uji kaji pemikiran prafakta. [17]

Secara umumnya, terdapat tujuh jenis uji kaji pemikiran yang mengemukakan sebab kepada kesan, atau kesan kepada sebab: [18] [19]

Prafakta

Uji kaji pemikiran prafakta (sebelum fakta) membuat spekulasi tentang kebarangkalian hasil masa depan berdasarkan masa kini, dan bertanya "Apakah kesudahannya jika peristiwa E berlaku?". [20] [21] Istilah prafakta dicipta oleh Lawrence J. Sanna pada tahun 1998 [22].

Kontrafakta

Gambaran masa untuk uji kaji pemikiran kontrafakta. [23]

Uji kaji pemikiran kontrafakta (bertentangan dengan fakta hakikat) membuat spekulasi tentang kebarangkalian hasil masa lalu yang berbeza; [24] dan bertanya "Apakah yang mungkin berlaku sekiranya A yang berlaku dan bukannya B?" (cth, "Jika Isaac Newton dan Gottfried Leibniz telah bekerjasama antara satu sama lain, apakah rupa matematik hari ini?"). [25] [26] [21] Istilah kontrafakta dicipta oleh Nelson Goodman pada tahun 1947 [27] yang memperluas idea Roderick Chisholm (1946) tentang "kenyataan bersyarat yang bertentangan-dengan-fakta" [28].

Kajian menspekulasikan kontrafakta telah menarik minat para sarjana dalam pelbagai bidang seperti falsafah, [29] psikologi, [30] psikologi kognitif, [31] sejarah, [32] sains politik, [33] ekonomi, [34] psikologi sosial, [35] undang-undang, [36] teori organisasi, [37] pemasaran, [38] dan epidemiologi. [39]

Separafakta

Gambaran masa untuk uji kaji pemikiran separafakta. [23]